Nama : Adam Rosly
Umur : 26 tahun
Pendidikan : SPM
Apa yang penulis akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah penulis mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.
Berbalik pada story asal, inilah ceritanya.
Ada
seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas
untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance
sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang
disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat
seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.
Untuk
info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor
di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz
dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin.
Adam Rosly bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cempaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Mak Lampir
Al
kisahnya bermula apabila duit sumbangan Tan Sri terbabit telah
diselewengkan secara senyap oleh seorang budak mentah yang berusia awal
20an dan tidak mempunyai kerjaya dan kelulusan. Yang menjadi
persoalannya, menurut sumber di Lembah Jaya. Si mamat Adam Rosly ni
mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang secara logiknya memang
tidak harus ada oleh seseorang yang tinggal di Apartment Projek
Perumahan Rakyat di sana.
Duit
yang diselewengkan Adam Rosly ini sememangnya diketahui oleh ADUN
Lembah Jaya yang merupakan master mind dan perancang utama. Duit yang
sepatutnya digunakan untuk tujuan mulia telah disalah gunakan untuk
tujuan peribadi. Sungguh memalukan lagi apabila si Adam Rosly
menggunakan wang haram tersebut untuk tujuan beli undi bagi menyandang
jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Ampang. Secara logiknya, memang budak
ni tak boleh menanglah sebab dia sendiri tidak mempunyai ground personal
touch dengan penduduk di sana.
Oleh kerana tidak berjaya mendapatkan jawatan dalam PAS, ADUN
Lembah Jaya si Kassim tadi tu pun mengesyorkan Adam Rosly melompat ke
dalam PKR kerana masih ada ruang dan peluang untuk Adam Rosly ni
menempatkan diri dia di dalam kepimpinan PKR Ampang.
Dengan
izin dan green light daripada Zuraidah a.k.a Mak Lampir yang memegang
tampuk kepimpinan PKR di Ampang maka pelan yang dirancang oleh ADUN
Lembah Jaya pun berjaya di dalam PKR. Dengan kadar segera tiba-tiba budak ni dilantik pula memegang jawatan selaku Penggerak Belia Tempatan
(PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan restu Mak Lampir.
Secara
tidak langsung dengan perlantikan ini, Mak Lampir telah berjaya
meletakkan Adam Rosly pada kedudukan jawatan tertinggi dalam PKR
Bahagian Ampang dan sekali gus memangku terus jawatan selaku Pembantu
Khas Mak Lampir, perghhh pantas.
Timbul
rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli dan orang-orang PR di sana yang
seakan-akan tidak diiktiraf pengorbanan mereka menaikkan Mak Lampir di
Ampang pada PRU yang lepas. Sudahlah banyak kali Mak Lampir buat hal di
Ampang, mereka pula banyak cover tingkahlaku buruk YB ini dengan
pelbagai alasan. Ini termasuklah semasa terjadinya banjir kilat di
Ampang dan Hulu Langat di mana Mak Lampir gagal membantu penduduk di
sana sehingga menyebabkan UMNO dan BN turun padang menyelesaikan masalah
tersebut.
Adam
Rosly seperti yang diberitahu oleh sumber, dia merupakan proksi kepada 2
orang wakil rakyat yang tamak iaitu ADUN Lembah Jaya & YB Parlimen
Ampang. Banyak duit korupsi kedua-dua pemimpin ini dimasukkan dalam
account budak sorang ni.
Ada lagi sambungannya. Tunggu.