Thursday, January 3, 2013

Kesian Tak Tengok Mahasiswa Melayu Kita Macam Ni?@suhaimijawahir@khaled_nordin

Mahasiswa atau mahasewel?

Seperti yang dijangka, beberapa kerat pelajar IPT yang perasan mereka tersangat hebat dan kononnya memperjuangkan hak kaum pelajar, cuba buat kecoh dan cuba tunjuk hebat menjelang tengah malam sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka.

Kebanyakan mereka yang merupakan pelajar-pelajar keciciran yang bernasib baik kerana status Melayu dan Bumiputera, cuba menimbulkan kegemparan di tengah-tengah masyarakat dengan melakukan demonstrasi selain menaikkan bendera SANG SAKA MALAYA yang mereka rasakan, itulah bendera Malaysia yang sebenarnya, walaupun sejarah yang mereka faham tentang bendera tersebut ternyata hanyalah sejarah yang tidak pernah wujud.


Demonstrasi berkenaan begitu jelas merupakan agenda Pakatan Rakyat yang bergerak menerusi GAMIS. Apatah lagi menjelang jam 12:00 tengah malam, gambar-gambar Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin serta Rais Yatim mula dibakar oleh puak-puak ini yang diketuai oleh MUHAMAD AZAN SAFAR yang juga merupakan Presiden GAMIS bagi tahun 2012.


Sebelum melakukan upacara membakar gambar, MUHAMAD AZAN SAFAR telah membuat ucapan yang berapi-api di hadapan rakan-rakan demonstrasinya. Dalam ucapannya, MUHAMAD AZAN SAFAR telah menyatakan, Kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh Najib Abdul Razak sebagai sebuah KERAJAAN ZALIM. Namun daripada ucapannya yang berapi-api itu, MUHAMAD AZAN SAFAR sekadar menjadi burung kakatua untuk Pakatan Rakyat, memandangkan hujah-hujah yang dilemparkannya DICOPY-PASTE bulat-bulat dari HARAKAH DAILY, KEADILAN DAILY dan ROKETKINI. Hujah-hujahnya tidak melambangkan langsung sebagai seorang pelajar universiti yang didedahkan dengan pendidikan tahap tinggi walaupun pada masa yang sama, dia merupakan PRESIDEN Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS).


Bagaimana dikatakan hujah matang kalau Presiden GAMIS itu mempersoalkan tentang PENDIDIKAN PERCUMA walhal telah dinyatakan secara terang, jelas, dan tidak berselindung bahawa pelajar-pelajar universiti yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang akan dibebaskan daripada membayar kembali pinjaman pelajaran mereka?

Apa yang kejam dalam sistem yang dilaksanakan sekarang, memandangkan wujudnya manusia otak beku seperti MUHAMAD AZAN SAFAR dan kawan-kawannya, yang mahukan pendidikan percuma, sedangkan mereka sendiri merupakan pelajar-pelajar ehsan yang belajar kerana status Melayu-Bumiputera, dan bukannya kerana LAYAK MASUK berdasarkan merit?


Bahkan, lebih tepat lagi, kebodohan dan kebekuan otak mereka, boleh disaksikan menerusi pelepasan BENDERA SANG SAKA MALAYA ke udara dengan menggunakan belon tepat jam 12:00 tengah malam ke udara.

Kelompok seperti Presiden GAMIS dan barisan pelajar-pelajar IPT yang datang berdemonstrasi itu sebenarnya terpengaruh benar dengan cerita dongeng SANG SAKA MALAYA walhal bendera berkenaan tidak pernah wujud pun, baik pada tahun 1947 atau tahun-tahun sebelumnya apatah lagi selepasnya. Kalau ada pun bendera yang hampir serupa adalah BENDERA RAKYAT yang dicipta oleh Parti Komunis Malaya yang cuba menubuhkan Republik Rakyat Komunis Malaya selepas pengunduran tentera Jepun dan selang masa sebelum pentadbiran tentera British (MBA) pasca Perang Dunia Kedua.


Budaya membakar gambar-gambar pemimpin sudah menjadi satu kebiasaan sekarang ini. Budaya tersebut mula diperkenalkan di Malaysia oleh Hishamuddin Rais, salah seorang pelajar keciciran tahun 1974 yang cuba menyembunyikan kecicirannya menerusi aktiviti luar biasa, termasuklah melarikan diri ke luar negara untuk lebih dekat dengan kegiatan KOMUNIS dan SOSIALIS antarabangsa.

Dan kerana itulah, berselindung di sebalik perjuangan hak pelajar IPT, kelompok pelajar keciciran ini yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam, akhirnya menunjukkan belang sebenar apabila tampil dengan slogan TOLAK UMNO, walaupun hakikatnya, perjuangan memasukkan mereka menjadi sebahagian daripada komuniti berpendidikan tinggi telah dibuat oleh UMNO semenjak dari zaman sebelum merdeka, berbanding DAP yang melihat Melayu keciciran seperti pelajar-pelajar yang berdemonstrasi itu tidak layak masuk IPT.

Anda boleh perhatikan raut wajah mereka untuk mengetahui sama ada mereka sebenarnya layak atau tidak untuk berada di menara gading!


Melihat kepada tingkah laku para pelajar tersebut, kebanyakan daripada mereka merupakan golongan manja yang enggan berusaha keras untuk maju, sebaliknya telah menjadi kelompok yang amat mudah percaya bahawa sesuatu kejayaan itu datang menerusi desakan. Berbanding mencari kejayaan menerusi kecemerlangan akademik dan dibebaskan daripada membuat pembayaran semula pinjaman pendidikan, golongan pelajar tersebut lebih seronok mengikut jejak langkah dan percaya dengan omongan kosong Anwar Ibrahim dan konco-konconya.


Kalau tentang SANG SAKA MALAYA pun mereka tidak tahu tetapi pada masa yang sama, meuar-uarkan cerita bohong tentangnya, apa lagi yang boleh diharapkan kepada kejayaan masa akan datang.

Presiden GAMIS, MUHAMAD AZAN SAFAR yang beria-ia memulakan upacara membakar gambar para pemimpin yang dibencinya, perlu menerangkan mengapa KECICIRANNYA dalam pelajaran boleh membantu mendapatkan pendidikan percuma sepertimana yang dihujahkan.