Ternyata sekali Islam yang diamalkan oleh PAS adalah berbeza dengan Islam sebenar. Ini kerana kita dapat lihat banyak sekali percanggahan dan ketetapan yang dibuat oleh puak-puak "alim kucing"ini baik dari segi hukum hakam mahupun apa akidah.
Mungkin ini juga petanda dari Allah SWT supaya umat Islam yang lain dapat berfikir dan mengambil iktibar atas apa yang diperjuangkan oleh puak-puak ini. Jangan dek kerana politik, kita sanggup menjual Agama kita.
Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop'
pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang
bukan Islam.
Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.
Pendirian
terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan
syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu
terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada
tekanan Dap.