Wednesday, January 9, 2013

Siapa berani langgar sultan?-Isu Kalimah Allah@umbkl@razlanrafii@Khalid_Ibrahim#tolakPR




Setelah isu kalimah Allah oleh bukan Islam berlarutan sejak dibangkitkan dalam perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 24 Dis lalu, hari ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah.

Alhamdulillah Sultan Selangor sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa perkataan ALLAH adalah ekslusif untuk orang Islam dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang ingkar. Nanti kita tengok apakah tindakan 'mangkuk-mangkuk' dalam Pakatan Rosak(PR) ni terutama mereka-mereka yang beragama Islam.


Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tuanku Sultan terkejut dan menzahirkan rasa kesal dengan kenyataan Guan Eng sebelum ini iaitu mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam kitab Bible bahasa Melayu.

 
Kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohd Misri Idris itu berkata Tuanku Sultan telah mewartakan bahawa orang bukan Islam di negeri ini dilarang menggunakan kalimah Allah bagi merujud tuhan kerana ia merupakan eksklusif untuk Muslim.

Sultan Selangor dalam satu mesyuarat khas yang turut disertai Mufti Selangor pada Ahad lalu menegaskan semula bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.

Kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Menurutnya, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Tuanku Sultan kesal kerana titah beliau yang digazetkan pada 18 Feb 2010 berkaitan dengan isu yang sama dipandang ringan oleh ‘sesetengah pihak’.

Namun Tuanku amat kesal kerana titah Baginda tersebut telah dipandang ringan oleh sesetengah sehingga isu yang sama dibangkitkan semula.

Tuanku telah mengeluarkan arahan kepada Mais dan Jais agar memgambil tindakan terhadap orang Islam atau bukan yang masih mempersoalakan atau engkar fatwa yang diwartakan di Selangor.

 
Seksyen 9 dalam enakmen Agama Bukan Islam (mencegah penyebaran di kalangan orang Islam) 1988 menghalang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dalam apa keadaan juga.

Sultan juga mengarahkan golongan bukan Islam jangan campur tangan di dalam persoalan berkaitan Islam bagi mengelakkan salah faham di dalam masyarakat di negara ini,. Di akhirnya titahnya Sultan Selangor meminta semua pihak tidak mempergunakan Islam untuk meraih undi politik!