Tuesday, January 29, 2013

Khalifah Lim Guan Eng&Father Anwar rangka misi tersirat @umbkl #tolakPR



ADA seorang pemimpin Pas menyatakan bahawa parti itu akan tetap meneruskan kerjasama dalam pakatan pembangkang biarpun DAP dan PKR bertegas dengan pendirian kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain.
 

Secara tidak langsung penulis teringat kepada kenyataan seorang tokoh Pas tidak lama dulu yang menolak kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana menganggap ia sebagai pakatan syaitan.

Persoalannya sekarang, apakah muafakat Pas dengan parti-parti yang menolak kepentingan Islam, sebagai Islamik? Penulis bukanlah hendak melabelkan mereka-mereka ini syaitan, tetapi siapa yang sebenarnya bekerjasama dalam pakatan syaitan?

Sebab itu, penulis boleh faham mengapa lebih 70 peratus ahli Pas terutama di akar umbi kecewa dengan pendirian parti itu. Sudahlah Pas terlanjur di peringkat awal dalam isu kalimah Allah dengan mengikut rentak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kini parti itu menikus apabila ditekan oleh DAP dan PKR.

Jika berdasarkan sentimen akar umbi, tidak cukup sekadar Pas melakukan pusingan U untuk membetulkan pendirian berhubung isu tersebut. Ini dapat dilihat baru-baru ini (itupun setelah sekian lama mendiamkan diri takut bertindak), sekumpulan kecil ahli PAS di Pulau Pinang yang membuat bantahan di Pejabat DAP Penang.  Sepatutnya dari awal lagi parti itu diharap bangkit tanpa gentar mempertahankan kalimah Allah.

Apa yang berlaku, DAP dan PKR tidak menghormati keputusan Dewan Syura Ulama Pas bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam. DAP mahu Pas mengkaji semula keputusan tersebut. Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang pula menegaskan pakatan pembangkang tetap kekal dengan pendirian membenarkan kalimah Allah untuk bukan Islam. Sama sekali songsang seperti biasa.




Tetapi malangnya Anwar tidak menjaga sensitiviti Pas. Kasihan ahli Pas, sekadar menjadi alat kepada beliau. Karier politik Anwar selepas dipecat daripada kerajaan banyak ditentukan oleh sokongan akar umbi Pas. Jika mahu mengharapkan PKR yang tiada kekuatan jentera dan akar umbi maka cepatlah Anwar tersungkur.

Kesemuanya atas ihsan Pas. Daripada membantu memacakkan bendera PKR, memenuhi ceramah Anwar hinggalah meramaikan siri perhimpunan Bersih dan perhimpunan KL112 yang beliau gerakkan pada 12 Januari lalu.

Bukan itu sahaja, ahli-ahli Pas rela menjadi pak sanggup dan menghina diri untuk mempertahankan Anwar dalam isu moralnya yang dahsyat. Tetapi apa balasan Anwar? Beliau lebih rela memihak kepada Guan Eng dan DAP berbanding Pas dalam isu kalimah Allah.

Lebih daripada itu, pendirian Anwar sebagai seorang Islam menyokong penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, adalah mesej jelas siapa sebenarnya beliau?
Beberapa tokoh Islam termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr. Haron Din menegaskan, orang Islam yang meredakan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan itu boleh dianggap kufur.
 

Persoalannya, mengapa Pas mahu terus menyekutukan diri dengan pemimpin Islam sebegitu sedangkan mudarat yang dibawanya kepada Islam cukup besar. Ahli akar umbi sudah memberikan isyarat, yang menanti masa untuk diterjemahkan di peti undi. Diharapkan agar seluruh umat Islam dalam Pakatan Rosak (PR) ini mulai sedar.

Jelas sekali Pas akan dihukum oleh masyarakat Islam dan ahli-ahlinya sendiri dalam PRU13 kerana bibit-bibit ke arah itu kian ketara. Selamatkan Islam, Melayu dan Malaysia.