Wednesday, January 30, 2013
Bila orang Islam Melayu dalam PR jadi "keldai" inilah hasilnya @umbkl
Lihatlah betapa orang Islam dan Melayu pada hari ini dicabar dan diperlekehkan secara terang-terangan! Ini semua gara-gara Dinasti Lim&Partner dan beberapa orang Islam 'seperti keldai' (Nik Abdul Aziz, Anwar Ibrahim, Hadi AWANG dan sekutu2 mereka).
Penulis cukup terganggu dengan gerakan menyebarkan Bible kepada orang Islam termasuk para pelajar sekolah di Pulau Pinang.
Polis negeri mengesahkan telah menerima tujuh laporan termasuk empat daripada pelajar sekolah. Itu yang dilaporkan kepada polis, bagaimana pula kes yang didiamkan sahaja. Penulis sangat berharap polis akan bertindak tegas. Jika tidak, ia akan memberi isyarat yang salah kepada semua pihak dan mengundang akibat lain termasuk ekstremisme.
Khabarnya, gerakan penyebaran Bible itu kian agresif. Ia tidak lagi dilakukan secara bersembunyi, sebaliknya diedarkan secara terbuka.
TV3 baru-baru ini menyiarkan gambar beberapa lelaki mengedarkan Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah di Jelutong.
Itu belum menyentuh isu Bible bahasa Melayu yang khabarnya akan dicetak untuk edaran masyarakat Islam, sebagaimana dilaporkan baru-baru ini.
Penulis melihat gerakan tersebut mendapat motivasi daripada pemimpin politik pembangkang yang menggunakan agama untuk meraih sokongan politik.
Mahukah mereka bertanggungjawab jika tercetus ketegangan dan pergaduhan agama?