Tuesday, January 15, 2013

Dengan BL1M Semua Orang Mampu Ada Lesen@tengkuazman@KhairyKj#BL1M


 F

Dengan BL1M Semua Mampu Ada Lesen.  Inilah antara inisiatif yang dibuat oleh Sekretariat SHEB bersama Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia dalam menggalakkan para belia di negara ini supaya mempunyai lesen.  Tawaran hebat yang dibuat ini menawarkan harga serendah RM199 untuk rakyat Malaysia yang tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu dan yang paling penting sekali berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013 serta tidak pernah dikenakan saman trafik sebelum ini.

Berlambak-lambak pulak tawaran hebat dan TERBAIK untuk rakyat Malaysia hari ini. Rugi rasanya jika rakyat Malaysia tidak mengambil kesempatan daripada Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ini.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Yb Khairy Jamaluddin ketika berucap pada sidang akhbar,

“Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dengan meringankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.”

“Pendek kata anda berhak menikmati kebebasan memiliki kaedah pengangkutan sendiri dengan syarat anda juga menyedari tanggungjawab anda kepada komuniti. Manfaat program BL1M amat luas ia akan membantu meningkatkan keselamatan jalan raya di taman perumahan bahkan juga jalan awam.”

“Mesej dari Pemuda BN sememangnya jelas. Kami mengutamakan keselamatan anda dan akan berusaha ke arah pencapaiannya. Inisiatif BL1M ini merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas kami sedia memenuhi janji membela rakyat".

Wang yang perlu dikeluarkn dari poket untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2 ialah sebanyak RM350 hingga RM690. Jumlah itu adalah bayaran kepada instiutusi memandu. Bayangkan kini mereka yang hendak mendapatkan lesen motosikal itu hanya perlu bayar serendah RM199 sahaja.

Menurut Khairy ia merupakan kadar terendah yang dikenakan di seluruh negara. Katanya pendekatan ini membantu golongan muda mendapatkan lesen pada harga berpatutan.

Terima kasih dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang merangka program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

Antara peserta-peserta perintis BL1M di Pekan, Pahang.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini di www.bl1m.my dan www.myeg.com.my.

Orang ramai boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif BL1M secara dalam talian. Mereka akan dihubungi setelah program ini dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari ini oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.