Tuesday, January 8, 2013

DAP berjaya memperbodohkan orang Melayu?@umbkl


Pelik tapi benar, hairan bin ajaib.  Ini sahaja yang dapat penulis gambarkan apabila melihat 'game' DAP yang terbaru.  Setelah berjaya 'merompak' tanah di Kelantan, sekarang berlaku pula perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP dan ini merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

DAP, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk pada pemilihan parti itu.
 

Strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.
 

Ini bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, mereka (DAP) kata ini satu kesilapan.
 

Cuba pembaca semua fikir dan kaji, takkanlah begitu bodoh sekali sehingga hendak kira undi pun tidak tahu. Kalau dia (DAP) tidak tahu hendak kira undi, tidak payahlah hendak jadi kerajaan.
 

Ini satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung.  Itulah hakikat sebenar.


Nasihat penulis kepada Melayu-melayu DAP ni dan juga kepada sesiapa yang bersetongkol dengan PR, sila buka minda anda.  Jangan jadi bebal dan bodoh apabila ada orang lain menegur.  Terimalah teguran ini untuk kebaikan.