Wednesday, January 9, 2013

100,000 Bible versi Bahasa Melayu PERCUMA akan diedar?@umbkl@razlanrafii


"Itu tok gulu nik aziz pun wa blh tipu dia maa,hahaha"


Tak habis-habis DAPig ni. Setelah PAS sendiri bersetuju tentang penggunaan isu Kalimah Allah baru-baru ini, sekarang difahamkan oleh sumber-sumber penulis, mereka DAPig ini merancang pula untuk mengedar 100,000 naskah Bible percuma versi bahasa melayu menggunakan kalimah Allah di negeri-negeri pemerintahan mereka iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Memang melampau dan mencabar betul puak-puak ni semua. Mana pendirian PAS dalam memperjuangkan Islam? Takkan kerana tujuan politik agama Islam tergadai?

Perkara begini sepatutnya tidak boleh berlaku kerana hidup di Malaysia ni saling hormat menghormati. UMNO yang dituduh kafir di mata PAS dan PKR ini tidak pernah menghalang penganut agama lain meneruskan kepercayaan mereka apatah lagi mencabuli agama selain dari Islam. 
Berjaya memecah belahkan umat Islam
Walaupun kita berpolitik, tapi janganlah sampai menggadai agama dan bangsa hanya kerana mahu meraih undi. Di sinilah para pengundi dan penyokong sesuatu parti harus berfikir secara matang dan rasional. Bukan menyokong membabi buta.

Kalau agenda DAP yang terang lagi nyata macam ni pun rakyat tidak nampak, nampak gayanya akan terkubur dan layulah bangsa Melayu dan orang Islam di negara ini sekiranya kuasa pemerintah bertukar.

Jadi, janganlah memperjudikan undi anda. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk menimpa.  Tunggu dan lihatlah apakah tindakan puak-puak ni pada masa akan datang.

Nauzubillah....