Bersempena perhimpunan haram (#KL112) yang bakal dianjurkan oleh puak-puak Pakatan Rosak(PR) / BERSIH pada hari Sabtu 12/1/2013 ini, mereka telah memulakan gerakan provokasi awal dengan menyerang Pejabat UMNO Bahagian Seputeh.
Kelmarin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Saudara Razlan Rafii membuat
laporan Polis mewakili Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh yang turut
menempatkan Pejabat UMNO Bahagian Seputeh berkenaan vandalisme yang
dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sepanjang dinding
kawasan tersebut.
Jika sebelum ini, Pusat Khidmat Masyarakat ini pernah digemparkan dengan
kegiatan biadap pendokong ABU yang menampalkan sticker² mereka pada
banner ucapan Hari Raya kepimpinan Seputeh, maka hari ini tidak hairan
mereka berani melakukan sekali lagi provokasi yang biadap ini.
Rakyat Tolak #KL112