Friday, January 4, 2013

Jasamu Tetap Dikenang-Mendiang Kanang Anak Langkau@umbkl@NajibRazak

Add caption
Pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, yang meninggal dunia awal pagi Khamis, akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini.
 

Kelantangan mendiang masih terngiang-ngiang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan untuk membuat persiapan bagi memberikan penghormatan kepada mendiang bersama kerajaan negeri yang akan menyelaras majlis penghormatan itu.

“Kami mengenang jasa Kanang Anak Langkau bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga kepada negara. “Saya kehilangan seorang teman yang merupakan pahlawan yang menerima dua anugerah terbesar negara iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB),” kata Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di sini, Khamis. 



Beliau berkata mendiang menerima kedua-dua pingat itu pada 3 Jun 1981. Katanya mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, bagaimanapun filem yang bertajuk ‘Kanang Anak Langkau’ itu belum sempat disiapkan. “Saya terkilan kerana filem tersebut belum sempat disiapkan.

Bagaimanapun, saya akan meminta penerbit dan pengarah berkenaan agar menggunakan bahan-bahan penggambaran yang telah ada itu untuk disiapkan bagi dipertontonkan kepada khalayak umum,” katanya. Ahmad Zahid berkata jawatan terakhir mendiang semasa berkhidmat dengan ATM adalah Pegawai Waran 1. “Mendiang semasa khidmatnya, terbabit dengan beberapa pertempuran terutamanya di Perak. Oleh sebab itu pengkisahan beliau dilakukan sebagai mengenang jasa beliau untuk dijadikan contoh kepada pegawai-pegawai dan anggota tentera yang ada sekarang,” katanya. Kanang, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di Kuching, setelah mendapat serangan jantung pukul 1.45 pagi tadi. Kanang adalah anak jati suku kaum Iban dari Ulu Konowit Sarawak, yang menjadi kebanggaan negara, kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia dari 1962 hingga 1983.